LUNDU 27 Mei – Mayat seorang lelaki yang terjun ke dalam Sungai Batang Kayan semalam ditemukan oleh abangnya sendiri di tepi jeti rumah mangsa, sebentar tadi. Dalam pukul 1.24 petang tadi, mayat mangsa, Mohamad Norrahim Hipni, 29, ditemukan tiga kilometer (km) dari tempat dia terjun iaitu di Pangkalan Haji Mahyan, Lundu. Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, operasi mencari dan memyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua, ditamatkan pada pukul 2.20…










