Mayat bayi ditemukan usus terkeluar - Utusan Malaysia

Mayat bayi ditemukan usus terkeluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 27 Mei – Satu mayat bayi perempuan ditemukan dalam keadaan bengkak dan usus terkeluar di Menggatal dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan cukup bulan dan sempurna itu ditemukan orang awam di Tapak Pembuangan Sampah Kayu Madang, Telipok.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati mayat bayi tersebut dalam keadaan terbiar di atas tanah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengesahan Pegawai Perubatan dari Jabatan Kecemasan Hospital Likas mendapati bayi telah meninggal dunia namun masa kematian tidak dapat dipastikan.

“Mayat bayi tersebut kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), di sini untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat dan menyaksikan kejadian ini dimohon tampil untuk membantu siasatan polis dengan menghubungi Balai Polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Nur Nabila Ismailuddin melalui talian 013-2809231,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini