KUALA LUMPUR 26 Mei – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) merupakan sebuah pengawal selia bebas yang tidak pernah memberi bebanan atau impak kos yang perlu ditanggung kerajaan bagi melindungi hak dan kepentingan para penumpang sejak penubuhannya.
![]() |
|
Abdul Gani Patail
|
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, satu daripada alasan Mavcom ditubuhkan di negara ini adalah berikutan landskap penerbangan awam yang telah berkembang dengan pantas.
Malah, katanya, penubuhan badan pengawal selia itu antara lain bagi melindungi hak penumpang dan pengguna.
“Mereka yang menerima manfaat daripada penubuhan Mavcom adalah mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara. Di sini, saya tidak dapat menekankan keperluan Mavcom. Namun, para pengguna waktu ini telah berhadapan dengan pelbagai situasi di mana hak mereka telah dilanggari. Kita perlukan entiti bebas untuk mengambil berat mengenainya.
“Sebagai pengawal selia bebas, Mavcom diberi kepercayaan dengan tanggungjawab dengan menyediakan mekanisme untuk melindungi pengguna dalam industri penerbangan awam di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE












