Mat Sabu sebak kenang pengorbanan ATM - Utusan Malaysia

Mat Sabu sebak kenang pengorbanan ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sebak dan hampir mengalirkan air mata sewaktu berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Mohamad Sabu tidak mampu menahan kesedihan ketika mengenangkan pengorbanan warga-warga ATM yang sentiasa berjuang bersungguh-sungguh tanpa mengira masa dan tempat bagi memastikan keselamatan negara terus dikekalkan.

Menurutnya, sumbangan daripada 51 syarikat dan individu yang bernilai kira-kira RM1.5 juta kepada anggota ATM yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri membuktikan keprihatinan rakyat terhadap pengorbanan perajurit negara.

“Soal kebajikan anggota ATM merupakan perkara yang penting dan perlu diberi keutamaan oleh semua pihak. Ia bagi memantapkan keupayaan mereka dalam memperjuangkan kedaulatan seterusnya menyumbang kepada kemakmuran negara.

“Jadi, warga ATM mengharapkan agar pada tahun depan lebih banyak syarikat yang bukan sahaja mempunyai hubungan dengan Kementerian Pertahanan turut dapat menghulurkan sumbangan malah syarikat gergasi yang lain juga,” katanya.

Turut hadir isteri Menteri Pertahanan, Normah Alwi, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohd. Affendi Raja Mohd. Noor dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN