Mat Sabu mahu kekal gaya tersendiri - Utusan Malaysia

Mat Sabu mahu kekal gaya tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 26 Mei – Bertugas dalam dunia ketenteraan tanpa mengira perkhidmatan darat, laut dan udara sudah semestinya memerlukan individu atau pihak tertentu berdepan dengan pelbagai protokol serta budaya ketenteraan.

Namun, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, beliau akan mengekalkan gaya serta penampilan yang ditonjolkan kepada khalayak umum sebelum ini dan terus menjalani kehidupan sama seperti dahulu.

Pada masa sama, katanya, beliau akan mengikut segala adat dan budaya serta protokol ketenteraan selepas ini berdasarkan nasihat daripada pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang saya masih baharu dan di peringkat perkenalan .Walaupun penuh protokol, saya tetap mahu kekalkan Mat Sabu ‘style’. Inilah yang saya perlu ikut pada masa ini,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Butterwoth di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×