KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah diketahui. Yang menang sudah tentu gembira. Yang kalah sudah pasti kecewa. Begitulah adat bertanding. Ada yang menang dan ada yang kalah. Semoga Pakatan Harapan yang menang 122 kerusi Parlimen akan mentadbir negara sebaik-baiknya demi masa depan yang lebih cemerlang untuk Malaysia. Barisan Nasional (BN) yang tewas perlu menerima kenyataan. Ini juga memberi iktibar bahawa bukan kuasa kita menentukan menang atau kalah. Sebagai manusia,…










