Masa terbaik jawatan dipertandingkan - Utusan Malaysia

Masa terbaik jawatan dipertandingkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU 20 Mei – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menyokong penuh kenyataan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang mahukan jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Rosol Wahid
Rosol Wahid

Beliau berkata, pertandingan itu ada baik buruknya tetapi dalam keadaan UMNO yang tidak stabil, ruang kepada ahli perlu diberikan untuk memutuskan pendirian, dan suara mereka perlu didengar dalam mengorak langkah untuk bangkit semula.

“Saya juga ingin melihat tiga jawatan tertinggi parti melibatkan kerusi presiden, timbalan presiden dan satu kerusi naib presiden dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemilihan ini sangat perlu kerana dapat mewujudkan pemimpin-pemimpin yang terbaik terutama dalam keadaan UMNO yang teruk dimalukan pada PRU-14 baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pertandingan yang sihat dan bersih tanpa permainan wang akan melahirkan pemimpin-pemimpin yang ‘original’ dan telus terutama dalam keadaan UMNO yang kritikal pada kali ini.

“Saat ini kita perlu menarik kembali sokongan rakyat yang hilang terhadap UMNO dan menjadi punca kekalahan teruk pada pilihan raya umum lepas,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN