Maritim rampas bot, peralatan RM2juta - Utusan Malaysia

Maritim rampas bot, peralatan RM2juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 27 Mei – Cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan menyamar sebagai bot tempatan dan berbekalkan wang tunai untuk sogokan, namun dua bot nelayan Vietnam itu ditahankan semalam.

Penahanan terbaharu di kawasan

kira-kira 62 kilometer dari perairan Kuala Kemaman itu menjadikan jumlah bot yang ditahan oleh Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Kemaman sebanyak 23 buah sejak awal tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua buah bot itu ditahan oleh kapal Maritim dalam Operasi Perkasa Timur dan Operasi Marikh di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) bagi membasmi pencerobohan bot nelayan asing yang semakin berleluasa.

Ketua Zon Maritim Kemaman, Left. Komander Maritim Mohamad Rezal Kamal Bashah berkata, kedua-dua buah bot cuba berselindung menggunakan nombor pendaftaran tempatan.

“Bot tersebut dipercayai berasal dari negara Vietnam ditahan bersama 20 kru termasuk dua tekong berumur 17 hingga 47 tahun kerana melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Akta Imigresen 1959,” ujarnya di sini hari ini.

Menurut Mohamad Rezal, tekong salah sebuah bot cuba memberi rasuah sebanyak RM8,000 kepada pasukannya agar tidak mengambil tindakkan terhadap mereka.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemukan 1,500 kilogram (kg) ikan pelbagai jenis, 1,600 kg sotong kering dan 500 kg ikan baja.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk dua buah bot dan peralatan dianggarkan berjumlah RM2 juta,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini