SUDAH menjadi kelaziman apabila berhadapan dengan pilihan, setiap individu mempunyai penilaian yang tersendiri ketika membuat keputusan. Walaupun berbekalkan pelbagai bentuk maklumat yang disalurkan oleh kumpulan yang berkepentingan tetapi hakikatnya adalah keputusan yang dibuat adalah pilihan individu berkenaan. Begitu jua dalam senario Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), walaupun dipujuk dan dirayu oleh parti politik, keputusan akhir adalah tanggungjawab pengundi dan tidak ada pihak yang boleh memaksa kumpulan pengundi membuat keputusan tertentu.…










