Mangsa dibunuh selepas ugut ingin sebar gambar, video - Utusan Malaysia

Mangsa dibunuh selepas ugut ingin sebar gambar, video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Pelajar perempuan Kolej Vokasional Port Dickson yang ditemui mati di tepi sebatang jalan di sini pada 24 Mei lalu dipercayai dibunuh selepas dia mengugut mahu menyebarkan gambar mesranya dengan suspek kepada pihak ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber polis, mangsa, Nur Alya Damia Hairi, 19, juga dipercayai mengugut mahu menyebarkan mesej dari aplikasi WhatsApp serta video lama mereka berdua kepada kekasih baharu suspek. 

“Suspek bertengkar dengan mangsa dalam kereta dinaiki mereka disebabkan perkara itu. Suspek hilang sabar dan bertindak mencekik leher mangsa dan menyangka mangsa hanya pengsan selepas pergelutan itu.

“Suspek kemudian mengelap darah yang keluar dari hidung mangsa menggunakan tuala kecil sebelum menolaknya keluar dari kereta di kawasan semak di tepi jalan berhampiran perumahan itu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, sumber polis berkata, kereta jenis Proton Wira yang digunakan suspek dalam kejadian itu adalah milik bapanya dan polis turut menemui tuala kecil yang digunakan suspek bagi mengelap darah mangsa di lokasi kejadian. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN