Mancini tekad tebus maruah skuad Itali - Utusan Malaysia

Mancini tekad tebus maruah skuad Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORENCE 16 Mei – Pengendali baharu Itali, Roberto Mancini bertekad mengembalikan maruah skuad bola sepak negara itu selepas gagal menempatkan diri ke Piala Dunia 2018 di Russia.

Jelasnya, tidak dapat ber­aksi di dalam kejohanan berprestij itu merupakan sesuatu yang sukar buat pasukan se­pertinya yang sentiasa memberi sokongan kepada skuad kebangsaan.

“Saya rasa ada sesuatu yang perlu dilaksanakan demi pasukan kebangsaan. Saya fikir ini adalah masa yang terbaik bagi saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mahu buat perancangan jangka masa panjang dan membawa Itali menjadi pasukan pilihan,” kata Mancini dalam sidang akhbar di pusat latihan skuad kebangsaan di Coverciano, Florence.

Skuad Azzurri tidak mempunyai jurulatih tetap sejak Gian Piero Ventura dipecat susulan juara dunia empat kali itu gagal menempatkan diri ke pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.

Mancini yang juga bekas pe­ngurus Manchester City dan Inter Milan menandatangani kontrak selama dua tahun semalam, selepas menamatkan kontrak lumayan dengan kelab Russia, Zenit Saint Petersburg.

Difahamkan kontrak pengendali itu bersama Itali dianggarkan bernilai 2 juta euro (RM9.38 juta) setahun bakal menyaksikan Mancini membimbing Itali untuk layak ke saingan Euro 2020.

Jika berjaya, secara automatik kontrak tersebut akan diperbaharui sehingga Jun 2022 menjelang Piala Dunia 2022 di Qatar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×