Malaysia perlu satu set pemain baharu untuk maju – Norza - Utusan Malaysia

Malaysia perlu satu set pemain baharu untuk maju – Norza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BADMINTON negara perlu menamatkan pergantungannya kepada pemain-pemain lama dan mula mengetengahkan barisan pemain-baharu serta muda bagi masa depan yang lebih cemerlang dalam sukan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia merupakan kenyataan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria susulan penyingkiran negara daripada saingan Piala Thomas selepas kekalahan 1-3 Malaysia kepada Indonesia pada perlawanan suku akhir di Arena Impact, Bangkok Thailand kelmarin.

“Kita akan pulang dan membuat post mortem (terhadap kekalahan). Besar kemungkinan kita perlu bergantung kepada satu set pemain baharu. Oleh kerana kita harus menuju ke depan, bergantung kepada kumpulan pemain yang sama tidak akan memberikan kita masa depan,” katanya kepada media selepas kekalahan Malaysia de­ngan Indonesia kelmarin.

Bagaimanapun menurut Norza, BAM mahu mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lee Chong Wei yang tidak pernah gagal menghadiahkan sesuatu kepada Malaysia walau pada usia 36 tahun.

Katanya, tanggungjawab besar kini terletak pada bahu BAM untuk mempersiapkan pemain-pemain muda negara seperti Lee Jii Zia, Leong Jun Hao dan Aaron Chia untuk cabaran mendatang bagi menggantikan Chong Wei.

Pada perlawanan kelmarin, Malaysia bermula cemerlang dengan memperoleh mata pertama menerusi Chong Wei yang menewaskan pemain muda Indonesia Anthony Sinisuka Ginting 21-19, 21-16.

Bagaimanapun, rentak positif Chong Wei tidak dapat diteruskan oleh pemain-pemain negara yang lain menyebabkan negara gagal meneruskan cabaran pada peringkat separuh akhir.

Menurut Norza, jika pasangan beregu negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong menewaskan lawannya dan memberikan mata kedua kepada negara semalam, Malaysia berkemungkinan akan mengalami nasib berbeza.

– Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN