BANGKOK 24 Mei – Malaysia menempah laluan berduri untuk melangkah ke separuh akhir Piala Thomas apabila diundi menentang juara 13 kali, Indonesia pada suku akhir, hari ini.
Jika berjaya melepasi halangan Indonesia, cabaran getir menanti pada separuh akhir apabila pasukan negara diletak dalam undian bersama China.
China dijangka tidak menghadapi masalah untuk mara ke separuh akhir apabila diundi menentang Taiwan.
Juara bertahan, Denmark akan menentang Korea Selatan, manakala Jepun bertemu Perancis. – UTUSAN ONLINE
HARI INI (suku akhir)
PIALA THOMAS
China lwn Taiwan
Indonesia lwn MALAYSIA
Denmark lwn Korea Selatan
Jepun lwn Perancis
PIALA UBER
Jepun lwn Taiwan
Korea Selatan lwn Kanada
Thailand lwn Indonesia
China lwn Denmark










