Malaysia jangka anjur kejohanan Hoki Piala Dunia 2022 - Utusan Malaysia

Malaysia jangka anjur kejohanan Hoki Piala Dunia 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) berhasrat  menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah kejohanan Hoki Piala Dunia pada 2022.

Hasrat tersebut timbul selepas Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menawarkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah pusingan kedua Final Siri Hoki Dunia pada Jun tahun depan iaitu pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, FIH percaya Malaysia mempunyai kemudahan dan keupayaan untuk menganjurkan kejohanan baharu bagi pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“FIH melihat Malaysia sebagai venue hebat untuk menganjurkan kejohanan-kejohanan bertaraf dunia,” katanya pada sidang media di Stadium Hoki Nasional di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan memberi pertimbangan serius atas tawaran yang diterima daripada badan induk dunia itu dan perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Lembaga Eksekutif MHC pada 3 Jun ini untuk mendapatkan  kata putus. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN