PEKAN 12 Mei – Majlis pelantikan Menteri Besar yang sepatutnya berlangsung hari ini di Istana Abu Bakar di sini ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
![]() |
|
ADNAN YAAKOB
|
Difahamkan, majlis berkenaan akan diadakan sebelum bermulanya Ramadan.
Bagaimanapun, punca majlis angkat sumpah itu ditangguhkan tidak dijelaskan.
Mengikut jadual, Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob dijangka mengangkat sumpah hari ini sebagai Menteri Besar bagi penggal kelima.
Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Rabu lalu menyaksikan BN Pahang kembali membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan manakala PKR sembilan kerusi dan Pas lapan kerusi. – UTUSAN ONLINE.











