MAIPs perlu sumbangan kepakaran rakyat - Raja Perlis - Utusan Malaysia

MAIPs perlu sumbangan kepakaran rakyat – Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yakin usaha memperkasakan Majlis Agama islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui pelbagai cabang kegiatannya menampakkan harapan yang tinggi.

Sehubungan itu, baginda berharap pakar-pakar dalam pelbagai bidang akan terus menghulurkan sumbangan kepakaran dan idea mereka bagi meletakkan MAIPs pada asas yang lebih kukuh dan meyakinkan.

Bertitah selepas majlis pembentangan pencapaian MAIPs 2017 di sini malam tadi, baginda bersyukur melihat perkembangan badan itu yang semakin melonjak termasuk dalam kegiatan pembangunan masyarakat.

Pembentangan itu dilakukan Ketua Pegawai Eksekutir MAIPs Mohd. Nazim Mohd. Noor selepas sunat Tarawih.

Terdahulu, baginda diiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs berbuka puasa bersama anggota MAIPs dan mendengar tazkirah disampaikan Mufti Perlis, Datuk Mohd. Asri Zainul Abidin. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN