'Mahu rehat dahulu" - Ibrahim Ali - Utusan Malaysia

‘Mahu rehat dahulu” – Ibrahim Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Datuk Dr. Ibrahim Ali menjelaskan sebab utama beliau meletak jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah untuk berehat sebelum kembali bergiat secara aktif dalam dunia politik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, hampir 10 tahun mengetuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut telah banyak perkara dan masa yang terpaksa dikorbankan termasuk menjaga hati kawan-kawan.

“Saya dah hampir 10 tahun masa dengan Perkasa, sebab itu, saya nak buat peralihan ini dan perkara ini saya telah nyatakan dalam Perhimpunan Agung Perkasa pada Oktober tahun lalu. Jadi ia tiada kena mengena dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Satu lagi perkara tersirat, saya dah penat dan nak rehat mungkin dalam lima enam bulan saya nak tengok dan nak buat apa. Mungkin akan terlibat dalam politik secara rasmi,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Perkasa, di sini hari ini.

Jelas Ibrahim, meskipun perjuangan Perkasa yang mempertahankan isu agama bangsa dan tanah air sesuai dengan beliau, namun ia menyebabkannya terikat.

“Apabila terikat dengan Perkasa, saya nak ke parti ini susah, parti itu susah. Perkasa pun ada pendirian iaitu tidak memihak pada mana-mana parti politik. Jadi saya terikat, sebab itu saya bertanding Bebas dalam pilihan raya lalu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN