Mahkamah tolak saman Mukhriz terhadap Tunku Abdul Aziz - Utusan Malaysia

Mahkamah tolak saman Mukhriz terhadap Tunku Abdul Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mei – Saman fitnah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir terhadap

Memuatkan artikel berkaitan…

bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung dakwaan kewujudan ‘pakatan sulit’ (perjanjian rahsia) antara Lim Kit Siang dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Nordin Hassan dalam keputusannya memberikan alasan bahawa dua kenyataan Tunku Abdul Aziz itu tidak memfitnah Mukhriz.

Katanya, Mukhriz gagal membuktikan kesnya dan saman itu ditolak dengan kos RM15,000.

Dalam pernyataan tuntutan bertarikh 30 Disember 2016, Mukhriz selaku pihak plaintif mendakwa, Tunku Abdul Aziz yang dinamakan sebagai pihak defendan ada mengeluarkan satu kenyataan bertajuk ‘Memang Wujud Pakatan Sulit antara Tun Mahathir dan Kit Siang’ dan dilaporkan di dalam blog AIDCNews.

Mukhriz, 54, mendakwa, pada 1 Januari 2017, pihaknya membuat penafian secara terbuka dan mengemukakan notis tuntutan meminta defendan membuktikan kenyataan fitnah itu, sekiranya gagal, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan.

Pada 3 Januari tahun lalu, defendan bagaimanapun ada menerbitkan atau menyebabkan terbit satu lagi kenyataan media bertajuk ‘Tunku Abdul Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang buat pengakuan bersumpah.

Tunku Abdul Aziz diwakili peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos. Mukhriz yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN