SHAH ALAM 21 Mei – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menolak permohonan bekas suami Serina Redzuawan, Gavin Edward O’Luanaigh untuk mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap selebriti itu kerana melanggar perintah persetujuan bersama. Hakim Syarie, Salehan Yatim membuat keputusan itu selepas meneliti permohonan dan afidavit yang dibuat oleh Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, 41, yang difailkan pada 17 April lalu. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan alasan-alasan keputusan itu dan…










