TEL AVIV 25 Mei – Mahkamah Agung Israel membenarkan tentera rejim Zionis menggunakan kekerasan terhadap penduduk Palestin semasa tunjuk perasaan dan pertempuran di sempadan Gaza. Dalam keputusan mahkamah setebal 41 muka surat, panel tiga hakim sebulat suara menolak satu petisyen yang difailkan kumpulan hak asasi manusia Israel dan Palestin untuk menghalang penggunaan peluru hidup oleh penembak tepat tentera. Ketua Hakim, Esther Hayut bersetuju dengan pendirian kerajaan bahawa penunjuk perasaan Gaza…










