PARIT – Seramai lebih 40 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar hari ini mencipta sejarah apabila menghasilkan mural pertama di lantai menggunakan jubin yang dilukis pelbagai corak geometri dan organik di pekan Parit di sini. Lebih menarik, kerja-kerja menghasilkan mural lantai tersebut diadakan pada bulan Ramadan ketika kebanyakan daripada mereka berpuasa. Rektor UiTM Perak, Prof. Madya Md. Yusof Hamid berkata, program Avant Garde Culture@Pekan Parit itu merupakan projek pertama anjuran…










