SEPANG – Lima lelaki cedera ditikam seorang lelaki dalam satu kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil kira-kira pukul 2.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suspek bertindak sedemikian selepas nasihatnya kepada mangsa yang merupakan jiran sebelah rumahnya supaya tidak membuat bising pada waktu malam tidak diendahkan. “Suspek telah menegur supaya kawan-kawan jiran balik tetapi tidak diendahkan. Suspek rasa tercabar dengan kelakuan dan sikap jiran…










