Liga Super: Kedah musnahkan impian Selangor kutip mata - Utusan Malaysia

Liga Super: Kedah musnahkan impian Selangor kutip mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Kedah memusnahkan impian Selangor untuk mengutip mata penuh di laman sendiri selepas tewas 1-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Skuad pelawat berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi tandukan mudah Baddrol Bakhtiar selepas menerima lambungan cantik daripada Mohd. Syazwan Zainon dari sebelah kiri pasukan tuan rumah.

Bersambung babak kedua, skuad Lang Merah menambah jaringan sekali lagi hasil umpanan Syazwan yang disudahkan oleh Liridon Krasniqi pada minit ke-52.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tersentak dengan jaringan itu, Selangor kembali bangkit merapatkan jurang menerusi penyudah menarik Muhammad Syahmi Safari minit ke-70, keputusan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan meskipun kedua-dua pasukan saling menyerang antara satu sama lain.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan kembali menemui rentak kemenangan dengan menundukkan Kelantan 2-0.

Sementara itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC tunduk kepada Perak 3-4 di Stadium Perak.

Dalam pada itu, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu FC I melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Melaka United. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini