JALALABAD, Afghanistan – Seramai lapan orang terbunuh dan 45 lagi cedera dan satu siri letupan bom yang menyasarkan pertandingan kriket di timur bandar raya Jalalabad, kata beberapa pegawai semalam iaitu serangan pertama dalam bulan Ramadan. Letupan berlaku di dalam stadium kira-kira pukul 11 malam kelmarin ketika penonton menyaksikan perlawanan tempatan ‘Piala Ramadan’, kata pejabat gabenor wilayah itu. Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap insiden dan militan Taliban menafikan mereka terlibat…










