Lelaki pukul juruwang, didenda RM2,000 - Utusan Malaysia

Lelaki pukul juruwang, didenda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Padah memukul seorang juruwang menggunakan botol air dan tangan dua tahun lalu, seorang lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Jefferey Jery, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohamad Som.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh untuk menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia didakwa memukul Jrem Badi, 33, melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 9.30 malam, 9 Ogos 2016 di sebuah unit di Apartmen Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini.

Tertuduh yang kini tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh merayu hukuman denda ringan kerana telah dibuang kerja dan perlu membayar sewa rumah selepas berhijrah dari kampungnya, di Sarawak.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira serangan tertuduh telah mengakibatkan kecederaan kepada mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×