Lelaki mengintai di tandas stesen minyak diburu - Utusan Malaysia

Lelaki mengintai di tandas stesen minyak diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seorang wanita berusia 30-an trauma setelah diintai oleh lelaki tidak dikenali di tandas sebuah stesen minyak di Chukai di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, kelibat lelaki yang masih belum dikenalpasti identitinya dirakam menceroboh tandas wanita oleh salah sebuah televisyen litar tertutup di stesen minyak terbabit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pada pukul 9.11 pagi.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman CCTV terbabit, suspek yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an tiba di pekarangan stesen minyak itu dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yahama Lagenda berwarna biru.

“Lelaki itu dilihat mundar-mandir sebelum memasuki tandas lelaki. Dia kmudiannya mengikut seorang wanita iaitu mangsa masuk ke tandas wanita tidak lama selepas itu.

“Suspek kemudiannya meluru keluar dari tandas wanita terbabit sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikalnya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN