Lelaki cedera terjatuh di Bukit Tabur - Utusan Malaysia

Lelaki cedera terjatuh di Bukit Tabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Seorang lelaki cedera selepas tergelincir ketika mendaki Bukit Tabur, Hulu Klang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.37 tengah hari itu, mangsa, Low Wei Liang mengalami luka di bahagian telinga dan kaki selepas terjatuh ke gaung sedalam empat meter.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor, mangsa bersama lima lagi rakannya tiba di puncak bukit tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum tergelincir dan terjatuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, mangsa yang cuba untuk naik semula ke laluan asal gagal menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan daripada pihak bomba.

“Dengan menggunakan tali penyelamat, mangsa seterusnya berjaya dibawa naik ke laluan asal beberapa minit kemudian.

“Mangsa kemudian dibawa turun ke base kira-kira pukul 2 petang sebelum dihantar ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan lanjut.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah jurucakap bomba, rakan-rakan mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini