KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tiada pengecualian dibuat kerajaan negeri berhubung larangan eksport kayu balak dan larangan itu kekal sehingga beberapa isu diselesaikan. Mohd. Shafie dalam satu kenyataan hari ini berkata, apa yang perlu dilakukan adalah perlu dilakukan dengan segera dan beliau tidak akan melayan sebarang usaha melobi daripada mana-mana pihak dan keputusan mengenakan larangan terhadap kayu balak untuk sementara disahkan dalam mesyuarat Kabinet…










