KUALA LUMPUR 15 Mei – Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Bank Berhad (1MDB) telah dikelaskan semula sebagai dokumen terbuka dan ringkasan eksekutif mengenainya boleh didapati di portal Jabatan Audit Negara. Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad berkata, ringkasan eksekutif itu boleh diperoleh menerusi portal Jabatan Audit Negara www.audit.gov.my. “Saya merujuk kepada Laporan Pengauditan 1MDB yang dikelaskan sebagai rahsia pada 22 Januari 2016 dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam…










