Lantik MB Selangor selepas raya - Utusan Malaysia

Lantik MB Selangor selepas raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Calon Menteri Besar Selangor yang baharu mungkin akan dilantik selepas sambutan Aidilfitri bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Pakatan Harapan Selangor akan me­ngadakan perbincangan mengenai calon Menteri Besar baharu ming­gu depan sebelum nama tersebut dikemukakan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Apabila kita sudah bincang dan sudah ada keputusan, baru kita akan kemukakan nama untuk per­kenan Tuanku.

“Mungkin serahan nama akan dilakukan selepas Aidilfitri. Bila nama sudah diperkenan, majlis angkat sumpah jawatan akan dilaksanakan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita pada Maj­lis Berbuka Puasa Sultan Selangor bersama warga Universiti Teknologi Mara di sini semalam.

Beliau berkata, spekulasi me­ngatakan ada tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disenarai pendek adalah tidak benar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN