Langkah kerajaan tingkatkan kuasa beli pengguna RM20.7 bilion - Utusan Malaysia

Langkah kerajaan tingkatkan kuasa beli pengguna RM20.7 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 31 Mei – Pelaksanaan kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST), penstabilan harga minyak serta bantuan khas raya penjawat awam bakal memberikan RM20.7 bilion kepada kuasa beli pengguna di pasaran.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya sedar mengenai kedudukan hutang negara yang mencecah RM1 trilion namun pihaknya komited untuk mengurangkan beban rakyat.

Beliau memberitahu, pada masa yang sama, kerajaan juga sedang mengkaji, menangguh dan berunding semula projek-projek mega selain mengambil pelbagai inisiatif meningkatkan pendapatan kerajaan.

“Defisit fiskal yang dianggarkan akan meningkat dari RM39.8 bilion kepada RM40.1 bilion, ini boleh mengekalkan defisit bajet pada paras 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Sebagai tambahan, imbangan semasa akaun semasa akan kekal positif (perolehan kerajaan melebihi perbelanjaan operasi),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN