Langkah demi kesejahteraan rakyat - Utusan Malaysia

Langkah demi kesejahteraan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 31 Mei – Kerajaan komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara tanpa meningkatkan beban hutang RM1 trilion yang ditanggung kerajaan.

Sehubungan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan bersetuju melaksanakan beberapa langkah antaranya:

1. Penstabilan harga runcit petrol dan diesel

Harga runcit petrol RON95 dan diesel akan dikekalkan pada harga semasa iaitu masing-masing pada kadar RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter manakala harga runcit petrol RON97 akan dikekalkan pada harga semasa RM2.47 liter sehingga 6 Jun walaupun cukai barang dan perkhidmatan (GST) ditetapkan pada kadar sifar.

Bermula 7 Jun, harga runcit petrol RON97 akan ditetapkan berdasarkan harga pasaran dan disemak secara mingguan setiap Khamis mengikut mekanisme ‘managed float’.

2. Pelaksanaaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi menggantikan GST

Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018 akan dibentangkan di Parlimen sebaik sahaja selesai Perbahasan Titah Diraja di dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang Parlimen Ke-14.

3. Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia

Pembayaran tersebut akan melibatkan hampir 4.1 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bilion yang mana bayaran itu akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

4. Diskaun tol lebuh raya sebanyak 50 peratus dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri

Pengecualian tersebut merupakan insentif tambahan selepas kerajaan menetapkan kadar sifar ke atas GST mulai 1 Jun depan.

5. Siaran langsung Piala Dunia 2018

Kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk siaran Piala Dunia 2018 tetapi perbelanjaan sebenar adalah RM30 juta yang sebahagian akan ditaja melalui pendapatan pengiklan.

6. Penubuhan Tabung Harapan Malaysia

Tabung Harapan Negara telah mengumpul sehingga lebih RM7 juta setakat 3 petang ini.

7. Bantuan Khas Aidilfitri untuk oenjawat awam dan pesara

Peruntukan RM700 juta disediakan bagi bonus raya berjumlah RM400 untuk dibayar untuk penjawat awam Gred 41 dan ke bawah sementara RM200 kepada pesara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN