SURABAYA 14 Mei – Sebuah keluarga lima orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun melancarkan serangan bom bunuh diri di ibu pejabat polis di Surabaya, hari ini sehari selepas satu gelombang serangan bom di beberapa buah gereja yang dilancarkan oleh sebuah keluarga yang lain. Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian berkata, penyerang bunuh diri itu menaiki dua buah motosikal cuba melepasi pusat pemeriksaan keselamatan di sebuah balai polis sebelum meletupkan diri…










