Kursus taranum di UiTM Merbok - Utusan Malaysia

Kursus taranum di UiTM Merbok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERBOK 29 Mei – Kira-kira 40 peserta, termasuk imam, bilal dan pelajar tahfiz di sekitar daerah Kuala Muda dipilih menyertai Kursus Taranum al-Quran 2018 yang berlangsung di Bilik Seminar dan Kaunseling Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah, Merbok, Kedah di sini, baru-baru ini.

Ini merupakan kali pertama Bahagian Akademi Pengajian Is­lam Kontemporari (ACIS) UiTM Kedah menganjurkan kursus itu dan mendapat sokongan Penolong Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Mohd. Nazif Zakaria.

Penyelaras kursus itu, Ahmad Yumni Abu Bakar berkata, usaha tersebut diadakan bertujuan untuk menyebarkan ilmu berkaitan ki­tab suci al-Quran iaitu membim­bing masyarakat supaya beramal membaca al-Quran dengan betul.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adalah memberi satu kebaikan kepada sesiapa sahaja jika terus faham mengenai kaedah lagu-lagu taranum kemudian mengajar dan membimbing orang lain tentang kaedah, tabaqat dan intonasinya dalam kehidupan seharian.

“Usaha dilakukan ini boleh melahirkan lebih ramai para il­muan yang mahir dalam bidang tersebut dan kursus diadakan mendapat galakan daripada Ke­tua Pu­sat Pengajian ACIS UiTM sendiri, Osman Abd. Hamid dan hal berkaitan taranum dikendalikan oleh Othman Azumi Ahmad yang me­rupakan bekas johan qari tilawah negeri Kedah yang juga Pensyarah di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) Alor Setar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau me­ngucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak, termasuk bebe­rapa orang pensyarah, Haroon Awang, Suhaida Abu Bakar serta pembantu teknikal dan multimedia, Abd. Razak Md. Noor kerana banyak membantu bagi menjaya­kan kur­sus yang berlangsung kira-kira dua bulan itu.

Rektor UiTM Kampus Kedah, Prof. Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid ketika menutup kursus itu berkata, usaha dilakukan ini amat baik sekali kerana ia memberi peluang kepada kakitangan UiTM sendiri untuk mempelajari taranum al-Quran dengan lebih baik lagi.

Menurutnya, hanya mereka yang sentiasa prihatin akan berjaya dalam bidang tersebut.

“Program seumpama ini perlu diperluaskan kerana dapat membantu mereka yang membaca al-Quran dengan penuh khusyuk selepas ini.

“Mereka yang ada ilmu me­ngenainya tentu lebih mudah untuk membaca dengan tara­num dan tajwid al-Quran yang betul,” katanya.

Sementara itu seorang peserta, Norlyton Daud, 35, dari Masjid Kuning, Su­ngai Layar berkata, langkah diambil oleh pihak ber­kenaan bagi me­nganjurkan kursus itu amat baik kerana membantu mereka da­­lam memperelokkan bacaan masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini