Kuok minta rakyat menaruh keyakinan dengan CEP - Utusan Malaysia

Kuok minta rakyat menaruh keyakinan dengan CEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hartawan perniagaan Malaysia, Tan Sri Robert Kuok meminta orang ramai untuk menaruh keyakinan ke atas Majlis Penasihat Kerajaan (CEP). 

“Mereka (CEP) terdiri daripada rakyat terbaik Malaysia. Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Marican dan Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram, kesemuanya individu yang cemerlang.

“Percayalah kepada mereka. Kita semua mahu negara kita baik. Kita juga berharap rakyat akan diambil berat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat CEP buat pertama kalinya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hartawan berusia 94 tahun itu yang telah dilantik sebagai ahli CEP oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 12 Mei lepas tiba di Menara Ilham di sini pada pukul 10 pagi dan meninggalkan bangunan tersebut pada pukul 5 petang kemudian.

Sementara itu, Daim berkata, subsidi bahan api dan pemansuhan tol adalah antara tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

Ditanya sama ada CEP juga membincangkan mengenai kenyataan Dr. Mahathir bahawa hutang negara telah mencapai angka satu trilion ringgit yang membimbangkan, beliau menjawab ‘tidak’. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN