BESUT 31 Mei – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut (KuBest) mencatat pencapaian mengejut dan amat membanggakan dengan muncul sebagai johan pertandingan antarabangsa mengenai projek tenaga nuklear di Gyeongju, Korea Selatan yang berakhir hari ini.
Sekolah harian biasa di kawasan penempatan nelayan yang terpilih mewakili negara itu, melangkah ke peringkat akhir pertandingan bersama empat lagi negara Amerika Syarikat, Hungary,
Korea Selatan dan Jepun.
Tiga pelajar yang mewakili sekolah dan membawa pulang kejayaan ialah Muhammad Syazwan Mat Sidik, Muhammad Anuar Abd Ghani dan Safyyah Muhammad Nasir bersama guru pengiring, Faizu
Abdul Rahman, Rohaya Hussain dan Wan Zul Azri W. Mod Shatar.
Pertandingan bertaraf dunia itu diadakan sempena Persidangan Antarabangsa Ketiga Mengenai Pembangunan Sumber Manusia Bagi Program Kuasa Nuklear.
Kejayaan mereka dalam program selama empat hari itu turut perhatian Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malikk yang mengucapkan tahniah dan syabas dengan pencapaian yang mengagumkan. – UTUSAN ONLINE










