KUALA LUMPUR 30 Mei – KUB Malaysia Berhad (KUB) mencatatkan hasil sebanyak RM135.8 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, turun 8.6 peratus berbanding RM148.6 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
![]() |
|
ABDUL RAHIM MOHD. ZIN
|
Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan KUB, Datuk Abdul Rahim Mohd. Zin berkata, kumpulan merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) dan keuntungan selepas cukai (PAT) masing-masing berjumlah RM8.7 juta dan RM7.1 juta bagi suku semasa.
Katanya, hasil keseluruhan kumpulan didorong oleh sumbangan yang lebih rendah daripada sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta tenaga.
“Hasil ICT turun sebanyak enam peratus kesan daripada pengurangan dalam nilai kontrak yang diiktiraf pada suku semasa manakala sektor tenaga pula mencatatkan penurunan hasil sebanyak 20 peratus kepada RM88.4 juta.
“Penurunan ini adalah disebabkan oleh kejatuhan harga purata kontrak dan jumlah jualan yang lebih rendah dalam semua segmen produk. Persaingan pasaran yang sengit turut menyebabkan pengecilan margin hingga memberikan kesan negatif kepada prestasi operasi sektor teras,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.











