PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengarah Persatuan Bola Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) menyelesaikan masalah tunggakan gaji melibatkan 24 pemain mereka yang dianggarkan bernilai hampir RM800,000. Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Md. Dali Wahid, tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya kecuali tuntutan Rancho Da Silva Andre Francisco yang diterima sebahagiannya. Katanya, Kuantan FA dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan tersebut (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30…










