PUTRAJAYA 22 Mei – Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull mendedahkan beliau pernah ditawarkan habuan oleh seorang Ahli Parlimen dari utara agar menarik semula siasatan skandal SRC International Sdn. Bhd.
Beliau yang hanya menggelarkan wakil rakyat itu sebagai ‘Cash Of King’ membuat dua kali tawaran kepadanya iaitu meminta apa sahaja asalkan kes itu ditutup.
“Saya tegaskan kepada beliau bahawa kes ini tidak akan ditarik balik dan kalau sekali lagi dia datang, saya akan tangkap kerana menghalang siasatan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Ahli Parlimen ini tidak terlibat dalam kes SRC International Sdn. Bhd. dan 1MDB tetapi dia hanya orang suruhan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











