Klopp mahu akhiri badi angka lima - Utusan Malaysia

Klopp mahu akhiri badi angka lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIEV, 26 Mei – “Kami telah memenanginya lima kali,” itu ungkapan daripada penyokong Liverpool menjelang saingan akhir Liga Juara-Juara pada Ahad ini namun pengurus kelab itu, Jurgen Kloop mahu menamatkan aksi tumpuan itu dengan keputusan berbeza daripada aksi final yang pernah dilaluinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Klopp pernah mengalami lima kekalahan di pentas akhir, tiga ketika bersama Borussia Dortmund sebelum berpindah ke Anfield pada 2015, dan dua lagi ketika bersama skuad Reds.

“Mereka tidak menggantung pingat perak di Melwood (tempat latihan Liverpool)

“Kami masih mempunyai tugas yang harus dilaksanakan. Dapat menjejaki ke final sangat bagus, namun memenanginya adalah lebih bagus.

“Jika ada sesuatu yang penting bagi anda ialah bersedia untuk melakukan pengorbanan. Itulah adalah lumrah kehidupan kita.

“Jika anda tidak mampu memberikan jaminan, jadi jangan sekali-kali melangkah ke final, duduk di rumah atau pergi bercuti,” ujar Klopp yang membimbing Liverpool mara ke final selepas mengatasi Roma menerusi agregat 7-6 di separuh akhir.

Saingan akhir Liga Juara-Juara paling diingati Klopp ialah ketika bersama Dortmund di Wembley lima tahun lalu, yang menyaksikan pasukannya tewas 1-2 kepada Bayern Munich di saat akhir setelah Arjen Robben meledak gol kemenangan di penghujung perlawanan.

Sejak menyertai Liverpool pada Oktober 2015, Klopp telah membantu kelab itu mempamerkan peningkatan dalam kancah Liga Perdana Inggeris apabila mampu menamatkan saingan dua kali di tempat keempat selepas berada di tempat kelapan ketika musim pertamanya.

Bagaimanapun dalam saingan kejohanan besar pula, Klopp telah menjadikan Liverpool digeruni lawan malah pasukan handalan dunia juga sudah mula gentar dengan skuad bimbingan jurulatih berkenaan.

Kalah menerusi penentuan penalti ke atas Manchester City dalam saingan akhir Piala Liga 2016 adalah antara peningkatan drastik dipamerkan kelab itu ketika dibawah bimbingan Klopp sebelum berupaya menewaskan Dortmund selepas ketinggalan 3-1 untuk meraih kemenangan 4-3 dalam aksi suku akhir Liga Europa.

Harapan Klopp kini adalah agar semua pemainnya mempamerkan aksi di tahap tertinggi menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara sekali gus dapat menamatkan musim ini dengan pencapaian paling membanggakan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN