SUDAH sampai masanya jalan raya negara kita dipenuhi dengan pemandu yang betul-betul berkualiti serta benar-benar layak untuk memandu. Oleh itu, adalah amat penting satu langkah berani diambil bagi memastikan pemandu di negara ini terdiri daripada mereka yang betul-betul layak untuk memiliki lesen memandu bagi sebarang jenis pengangkutan. Ini susulan saranan oleh Kementerian Pengangkutan baru-baru ini yang mempelawa orang ramai mengemukakan cadangan berhubung keperluan untuk mengkaji semula had usia bagi mengambil…