SURABAYA 15 Mei – Kawalan keselamatan di kesemua 13 lapangan terbang di negara ini ditingkatkan berikutan berlakunya beberapa serangan bom yang meragut nyawa di Surabaya pada Ahad dan semalam. Presiden PT Angkasa Pura (AP I) Faik Fahmi berkata, pihaknya yang mengendalikan pengurusan lapangan terbang itu, telah meningkatkan rondaan di sekitar lapangan terbang dan memperincikan pemeriksaan latar belakang penumpang menggunakan analisis kamera litar tertutup (CCTV). Pemeriksaan ketat juga dilakukan terhadap kenderaan…










