KULIM 20 Mei – Ramadan ini sangat menyedihkan bagi Roslinda Saad, 38, setelah suaminya seorang mekanik kereta di Kampung Keladi di sini meninggal dunia akibat serangan jantung pada 5 Mei lalu. Kematian Ismail Johari, 44, itu sekali gus mengakibatkan Roslinda serta enam anaknya yang masih kecil dan bersekolah hilang tempat bergantung. Lebih malang Roslinda memberitahu, kesempitan hidup yang terpaksa ditanggung kini menyebabkan mereka enam beranak terpaksa berpindah keluar dari rumah…










