Kesan Musa tidak guna khidmat Interpol - Ramli - Utusan Malaysia

Kesan Musa tidak guna khidmat Interpol – Ramli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 31 Mei – Polis Sabah tidak akan menggunakan khidmat Polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang didakwa berada di London.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, bagaimanapun pihaknya terus komited mencari dan menghubunginya untuk tampil memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pada 14 Mei lalu.

“Kita tunggu dan minta dia datang untuk beri keterangan. Kita tidak akan guna khidmat Interpol sebab ini bukan kes yang serius.

“Kami cuba hubungi beliau daripada pelbagai saluran untuk minta datang beri keterangan,” katanya ketika ditemui selepas majlis Perasmian Pesta Kaamatan yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di sini hari ini.

Ditanya mengenai waran tangkap terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu, Ramli berkata, pihaknya tidak boleh mengeluarkan perintah itu kerana masih diperingkat memberi keterangan.

“Bagaimanapun kami percaya Musa tidak ada di Sabah sejak 14 Mei lalu dan lokasinya masih lagi dalam siasatan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN