BUKIT MERTAJAM 27 Mei – Seorang suspek berusia lingkungan 40-an ditahan malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes tembak di Kampung Sentosa di sini, semalam. NIK ROS AZHAN NIK AB. HAMID Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, suspek berketurunan Cina itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam di sekitar kawasan Tanjung Tokong. “Perintah reman terhadap suspek juga telah diperolehi di Mahkamah Majistret…










