Kes denggi di Labuan meningkat - Utusan Malaysia

Kes denggi di Labuan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN – Jumlah kes denggi di sini menunjukkan peningkatan dengan 27 kes dilaporkan sejak Januari sehingga kini di mana daripada jumlah itu empat orang dirawat di hospital.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan. Dr. Ismuni Bohari berkata, jumlah itu meningkat 200 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Peningkatan operasi mencegah denggi di kawasan wabak serta pengawasan secara aktif menerusi pusat kesihatan dan hospital yang dihubungi dengan direktorat perkhidmatan kesihatan telah dapat mengesan lebih banyak kes.” katanya kepada Bernama hari ini.

Labuan merekodkan 70 kes demam denggi sejak Januari hingga November tahun lepas.

“Langkah penguat kuasaan telah ditingkatkan bagi mengawal wabak itu ekoran perubahan cuaca yang dialami sekarang.” katanya.

Kini terdapat empat kluster aktif denggi yang melibatkan kawasan padat penduduk iaitu Kampung Layangan, Kem TUDM Membedai, kawasan penempatan yang dikendalikan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk  Pelarian di Kampung Kiansam dan di Saguking.

Ismuni berkata, pasukan penguat kuasaan telah mengesan tiga kes di  Kg. Layangan dan satu kes di kem TUDM dan ekoran itu program gotong-royong membersihkan kawasan berkenaan telah diadakan minggu lepas oleh penduduk setempat dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN