KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menutup kertas siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan siasatan kes berkenaan masih berjalan sehingga kini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Beliau berkata, PDRM akan bekerjasama dengan kesemua pihak termasuk Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhubung 1MDB. “Oleh sebab itu, PDRM telah buka semula kertas siasatan 1MDB dan kami akan menyiasat menggunakan tiga akta iaitu Kanun Keseksaan, Akta Syarikat dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,” katanya pada sidang akhbar majlis penyerahan bungkusan kuih raya PDRM di Bukit Aman di sini hari ini. Mengulas mengenai kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid yang meminta PDRM memulangkan wang UMNO yang dirampas di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohamad Fuzi berkata, ia perlu dituntut mengikut proses dan peruntukan undang-undang. “Siasatan masih berjalan dan kami memerlukan masa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya