Kerani rugi RM12,400 bayar GST penghantaran hadiah love scam - Utusan Malaysia

Kerani rugi RM12,400 bayar GST penghantaran hadiah love scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang kerani kerugian sebanyak RM12,400 selepas terpedaya dengan perangkap cinta seorang individu daripada laman sosial Facebook sejak awal Mei lalu. 

Mangsa wanita berusia 36 tahun difahamkan berkenalan dengan seorang lelaki warganegara asing bernama Ariq Ryan yang menyatakan mahu menghantar bungkusan hadiah kepadanya sebagai tanda perkenalan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa pada 18 Mei lalu menerima satu panggilan daripada seorang wanita bernama Dayang Normala Bidin yang mendakwa dirinya dari syarikat pengurusan barang dari luar negara. 

“Suspek meminta mangsa membuat pembayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap bungkusan hadiah tersebut sebanyak RM12,400 ke akaun AmBank miliknya. 

“Selepas melakukan transaksi pemindahan wang, mangsa merasa tertipu dan meragui tentang pembayaran tersebut membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Tambahnya, pihak polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN