PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan pemberian bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM400 kepada kakitangan kerajaan Gred 41 ke bawah dan RM200 untuk pesara kerajaan. Penjawat awam Gred 41 ke bawah terdiri daripada kakitangan kumpulan sokongan seperti kerani, pembantu tadbir, penolong pegawai, pembantu am dan pemandu. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tarikh pembayaran bantuan khas itu akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam satu taklimat khas hari ini. Selain…










