PUTRAJAYA – Kerajaan akan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima derma rakyat bagi mengukuhkan kewangan kerajaan, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata penubuhan tabung itu adalah bagi memastikan derma rakyat Malaysia yang patriotik akan sampai kepada Kementerian Kewangan. “Terdapat ramai rakyat Malaysia apabila tahu kedudukan kewangan negara yang buruk, mereka sanggup memberi derma kepada kerajaan. “Kita mengalu-alukan sikap patriotik mereka dan mengucapkan terima kasih,” katanya pada sidang…











